Ads 468x60px

Friday 2 November 2012

AL-KHUWARIZMI (164 – 232H / 780 – 841 M) – Bapa Matematik






Beliau ialah Abdullah b. Musa yang telah dilahirkan di Khuwarizam (Rusia) dan meninggal di Baghdad, Iraq. Kehidupan beliau kurang diketahui. Mengikut riwayat beliau telah mempelajari diwaktu mudanya ilmu-ilmu Greek (berguru dengan Diapantos), Hindi dan Parsi. Boleh jadi juga beliau mengembara ke tempat-tempat tersebut semasa mudanya. Beliau muncul di Baghdad pada masa pemerintahan al-Makmun dan telah berjaya mendapat penghargaan dan kedudukan sehingga dilantik mengepalai Baitul Hikmah dan wakil delegasi ke luar negara

Beliau merupakan seorang yang mahir di bidang matematik, astronomi dan geografi. Menyusun risalah kecil di bidang arithmetik yang dianggap sebagai yang pertama di bidang ini. Ilmu ini dikenali beberapa kurun selepasnya dengan nama Algorizam. Di dalamnya, beliau telah membicarakan angka-angka Hindi, sifar dan kedudukan angka. Risalah ini telah diterjemahkan ke bahasa Latin dan kemungkinannya risalah itu yang berbahasa Arab telah hilang. Karya beliau yang ada sekarang cuma terjemahan daripada Adelard of Bath.

Beliau juga telah menghasilkan buku pertama di dalam algebra yang dinamakan “Al-jabar wa al-Muqabalah”, yang mana di dalamnya merupakan himpunan pengetahuan yang membolehkan terbentuknya algebra. Beliau telah menggabungkan antara matematik Hindi dan kejuruteraan Greek dalam menghasilkan algebra. Beliau juga telah menyelesaikan banyak permasalahan yang ditimbulkan oleh orang-orang Greek.

Melalui kejuruteraan beliau telah menemui jalan bagi menyelesaikan persamaan quadratik, iaitu permasalahan yang paling tinggi dicapai oleh orang Greek. Begitu juga beliau telah mengeluarkan dua punca jika ianya positif dan telah menghasilkan buat julung kalinya jadual kosain. Beliau juga telah menghasilkan buku “Al-Jamu' wa al Tafriq bi Hisabi al-Hind" iaitu menyentuh tentang matematik Hindi.

Al-Khuwarizmi dapat dilihat seorang yang berfikiran ke hadapan di bidang matematik dan algebra sekalipun penerimaan barat dan timur terhadap beliau terlalu lambat. Namun begitu jasa-jasa beliau terhadap keilmuan Islam dan Barat tidak dapat dinafikan. Kerana itulah Sarton telah menggelarkan sebagai ahli matematik terulung dan zaman beliau dikenali sebagai zaman al-Khuwarizmi.
Dalam bidang astronomi, beliau telah menyusun jadual falak berdasarkan jadual “Al-Sanad Hindi” yang telah dibawa masuk oleh Ibrahim bin Habib al-Ghozari. Mengikut pendapat beliau, ukur lilit bumi lebih panjang daripada ukuran Batlimous, iaitu sejauh 40,000 batu. Beliau juga telah mencipta jadual falak “Zaiju al-Khuwarizmi” dan menyusunnya di dalam dua jilid, kecil dan besar. Jadual yang besar telah hilang dan jadualnya yang kecil telah dikemaskinikan oleh al-Majriti dan lebih dikenali dengan nama “Al-Sanad Hind al-Soghir”. Beliau juga telah menulis sebuah risalah yang bertajuk “Al'Amalu bi Asturlab”.

Dalam ilmu geografi, beliau telah menghasilkan karya “Shuratu al-Ard”, dan telah memasukkan banyak pembetulan terhadap penulisan Batlimous. Pada pandanganya bumi ini terbahagi kepada tujuh bahagian dan tidak sepuluh sebagaimana pendapat Batlimous. Karya beliau yang lain ialah “Taqwimu al-Buldan” dan "Al-Tarikh".

0 comments:

Post a Comment

 

Kata Hikmat

Ilmu menduduki darjat yang tinggi di sisi manusia dan juga di sisi Allah S.W.T. Orang yang berilmu akan dimuliakan oleh penduduk langit dan bumi sebaliknya bagi orang yang tidak berilmu.Tiada siapa yang paling pandai dan paling bodoh di dunia ini kerana setiap yang pandai itu boleh menjadi bodoh dan setiap yang bodoh itu boleh menjadi pandai.

Falsafah Pendidikan Kebangsaan

“Pendidikan Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memeperkembangkan lagi potensi individu secara menyeleruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mancapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran negara.”

Tentang Blog Ini

Blog ini dihasilkan bagi menghimpunkan blog, laman web dan bahan-bahan yang berkaitan dengan dunia pendidikan. Semoga blog ini akan menjadi rujukan dan juga menghubungkan semua pihak, khususnya warga pendidik tidak kira di mana mereka berada. Berita, pandangan dan komen dalam blog ini tidak tidak semestinya menggambarkan sikap pengendali blog. Pengendali blog tidak bertanggungjawab di atas sebarang kesulitan atau kerosakan akibat menggunakan maklumat dalam blog ini.