Ads 468x60px

Featured Posts

Thursday 29 November 2012

Aktiviti Panitia Matematik


 Menyebut angka di sempoa.


 
Roda Impian
 

 
Explorace
 
 
 
Kuiz Matematik


 


Saturday 10 November 2012

Apakah Matematik & Mengapa Kita Perlu Matematik

Matematik ialah suatu ilmu yang berkaitan dengan nombor. Nombor yang memberi nilai. Matematik menjadi asas kepada banyak bidang ilmu di dunia ini. Matematik juga boleh menerangkan fenomena semulajadi alam ini. Sebagai contoh, kejadian malam dan siang. Dalam memahami kejadian ini, para saintis menggunakan ilmu astronomi yang mana ilmu ini memerlukan matematik sebagai asas yang utama. Begitu juga kejadian pasang surut air, gerhana matahari, ribut taufan , banjir, semuanya menggunakan matematik untuk menerangkannya. Cuba bayangkan hidup kita tanpa matematik. 

 Kita tidak tahu apa itu matematik.Tidak tahu nombor, sukatan, dan berbagai-bagai lagi istilah matematik yang lain. Kita juga tidak tahu apa itu tolak, tambah, bahagi dan darab. Hidup kita seumpama manusia zaman purba yang tidak tahu menilai sesuatu benda. Alangkah huru-haranya kita kalau tidak tahu matematik. Banyak perkara di dunia ini kita tidak dapat lakukan. Aktiviti rutin kita juga akan terganggu. Perkembangan ilmu seperti ilmu jurutera, senibina, perubatan, ekonomi dan sebagainya juga akan menghadapi jalan buntu. Menyedari betapa pentingnya ilmu matematik maka perlulah kita menanamkan minat yang sewajarnya kepada matematik. Selain untuk diaplikasikan dalam kehidupan matematik juga merupakan satu senanam untuk minda kita supaya kita tidak jumud dan beku untuk berfikir. Syukur kerana Allah telah mengkurniakan kita akal fikiran yang amat sesuai sekali untuk kita gunakan bagi mempelajari ilmu matematik. Ilmu matematik adalah berkaitan dengan minda manusia. 

Kebanyakan tokoh-tokoh yang banyak menyumbangkan kemodenan dan penemuan baru dan berguna kepada dunia adalah mereka yang mempunyai kepakaran yang tersendiri dalam matematik seperti Ibnu Sina, Ibnu Khaldun, dan Isaac Newton. Oleh sebab itulah, matematik seringkali dikaitkan dengan konsepsi pemikiran manusia iaitu matematik mempunyai hubungan yang rapat dengan minda manusia. Orang yang mudah menguasai matematik biasanya seorang yang kreatif. Mereka berupaya menyelesaikan matematik yang susah dan mengelirukan berdasarkan pengetahuan dan kreativiti mereka. Boleh dikatakan matematik ialah satu seni yang diterbitkan daripada kreativiti, imaginasi seseorang hinggalah ia berkembang menjadi satu ilmu yang sangat berguna kepada manusia hingga ke zaman moden ini. Betapa pentingnya matematik itu boleh kita lihat dalam kehidupan seharian kita. 

Kita guna matematik untuk membuat keputusan dan banyak perkara. Contohnya dalam membuat belanjawan. Kita akan memerlukan kemahiran dalam kira-kira asas matematik iaitu operasi tambah, tolak, darab dan bahagi. Kita perlu mengira berapa banyak wang yang kita akan keluarkan dengan menggunakan operasi tolak dan mengunakan operasi tambah bagi memasukkan pendapatan baru dalam belanjawan kita. Dalam kehidupan seharian, kita tidak akan terlepas daripada membuat sukatan. Sukatan merupakan salah satu daripada cabang matematik. Terma-terma seperti meter, liter, persegi, kaki dan padu perlu dikuasai dengan berkesan. Barulah kita dapat melakukan sukatan dengan betul. Kita juga menggunakan sukatan untuk menyukat makanan, melaksanakan jual-beli dan menentukan isipadu barangan di kilang-kilang. Kejuruteraan merupakan satu bidang ilmu yang sangat penting dewasa ini. Ia merupakan tunjak utama bidang perindustrian. Ia menjadi asas penghasilan teknologi baru dalam kehidupan kita. Jurutaralah yang mencipta alatan keperluan di rumah kita seperti mesin basuh, televisyen, radio, komputer, dan sebagainya. 

Untuk mencipta alatan seperti peti sejuk yang kita gunakan sekarang bukanlah sesuatu yang senang. Ia memerlukan pengetahuan yang tinggi dalam bidang kejuruteraan. Manakala bidang kejuruteraan pula memerlukan pengetahuan yang tinggi dalam ilmu fizik iaitu salah satu sub bidang ilmu sains yang sangat penting dalam kejuruteraan. Sebagaimana yang kita tahu ilmu fizik merupakan satu ilmu yang sangat memerlukan asas matematik yang kukuh. Perkembangan ilmu fizik adalah selari dengan ilmu matematik. Matematikyang menjadi tunjak utama dalam fizik. Ilmu fizik mengaplikasikan matematik peringkat tinggi yang memerlukan penguasaan yang kukuh dan jitu. Contoh penggunaan matematik dalam kejuruteraan ialah penggunaan sudut dan trigonometri untuk mencipta suatu alatan, penggunaan pembezaan dan pengamiran dalam mengukur kelajuan cahaya dan elektrik. 

Begitu untuk mengukur amaun elektrik yang diperlukan untuk menjanakan sesustu alatan elektrik. Bidang kedoktoran juga memerlukan matemetik. Suakatan dos ubat untuk sesuatu penyakit dikira dengan teliti mengunakan formula matematik. Sewaktu pembedahan ukuran untuk lakukan bedahan adalah dikira dengan teliti dengan menngunakan matematik. Dalam bidang sains seperti kimia dan biologi juga memerlukan matematik. Dalam kimia matematik digunakan untuk mengira bilangan molekul dan unsur dalam sesuatu sebatian. Untuk mengira nombor jisim dan isotop juga memerlukan formula matematik. Statistik juga memainkan peranan yang penting dalam kehidupan kita. Statistik digunakan untuk menyajikan data yang dikumpul daripada manusia supaya manusia dapat faham dan guna untuk buat keputusan dalam beberapa perkara yang penting dalam kehidupan kita. Statistik adalah sebahagian daripada matematik. 

Bidang ini menumpukan kepada pengiraan nilai-nilai unik dalam matematik seperti min, median dan mod untuk menggambarkan ciri-ciri sesuatu sampel atau populasi. Matematik juga penting dalam perniagaan dan ekonomi. Matematik digunakan untuk menentukan untung, berapa keluaran yang perlu dikeluarkan, titik pulang modal, harga dan kuantiti keseimbangan dalam perniagaan dan ekonomi.

Fokus Matematik UPSR

Fokus Matematik UPSR

Pola Sifir

Lagu Sifir 2

Friday 2 November 2012

Matematik Itu Indah


1 x 8 + 1 = 9
12 x 8 + 2 = 98
123 x 8 + 3 = 987
1234 x 8 + 4 = 9876
12345 x 8 + 5 = 98765
123456 x 8 + 6 = 987654
1234567 x 8 + 7 = 9876543
12345678 x 8 + 8 = 98765432
123456789 x 8 + 9 = 987654321
1 x 9 + 2 = 11
12 x 9 + 3 = 111
123 x 9 + 4 = 1111
1234 x 9 + 5 = 11111
12345 x 9 + 6 = 111111
123456 x 9 + 7 = 1111111
1234567 x 9 + 8 = 11111111
12345678 x 9 + 9 = 111111111
123456789 x 9 +10= 1111111111
9 x 9 + 7 = 88
98 x 9 + 6 = 888
987 x 9 + 5 = 8888
9876 x 9 + 4 = 88888
98765 x 9 + 3 = 888888
987654 x 9 + 2 = 8888888
9876543 x 9 + 1 = 88888888
98765432 x 9 + 0 = 888888888
Hebatkan?
Dan cuba lihat simetri ini:
1 x 1 = 1
11 x 11 = 121
111 x 111 = 12321
1111 x 1111 = 1234321
11111 x 11111 = 123454321
111111 x 111111 = 12345654321
1111111 x 1111111 = 1234567654321
11111111 x 11111111 = 123456787654321
111111111 x 111111111 = 12345678987654321

AL-KHUWARIZMI (164 – 232H / 780 – 841 M) – Bapa Matematik






Beliau ialah Abdullah b. Musa yang telah dilahirkan di Khuwarizam (Rusia) dan meninggal di Baghdad, Iraq. Kehidupan beliau kurang diketahui. Mengikut riwayat beliau telah mempelajari diwaktu mudanya ilmu-ilmu Greek (berguru dengan Diapantos), Hindi dan Parsi. Boleh jadi juga beliau mengembara ke tempat-tempat tersebut semasa mudanya. Beliau muncul di Baghdad pada masa pemerintahan al-Makmun dan telah berjaya mendapat penghargaan dan kedudukan sehingga dilantik mengepalai Baitul Hikmah dan wakil delegasi ke luar negara

Beliau merupakan seorang yang mahir di bidang matematik, astronomi dan geografi. Menyusun risalah kecil di bidang arithmetik yang dianggap sebagai yang pertama di bidang ini. Ilmu ini dikenali beberapa kurun selepasnya dengan nama Algorizam. Di dalamnya, beliau telah membicarakan angka-angka Hindi, sifar dan kedudukan angka. Risalah ini telah diterjemahkan ke bahasa Latin dan kemungkinannya risalah itu yang berbahasa Arab telah hilang. Karya beliau yang ada sekarang cuma terjemahan daripada Adelard of Bath.

Beliau juga telah menghasilkan buku pertama di dalam algebra yang dinamakan “Al-jabar wa al-Muqabalah”, yang mana di dalamnya merupakan himpunan pengetahuan yang membolehkan terbentuknya algebra. Beliau telah menggabungkan antara matematik Hindi dan kejuruteraan Greek dalam menghasilkan algebra. Beliau juga telah menyelesaikan banyak permasalahan yang ditimbulkan oleh orang-orang Greek.

Melalui kejuruteraan beliau telah menemui jalan bagi menyelesaikan persamaan quadratik, iaitu permasalahan yang paling tinggi dicapai oleh orang Greek. Begitu juga beliau telah mengeluarkan dua punca jika ianya positif dan telah menghasilkan buat julung kalinya jadual kosain. Beliau juga telah menghasilkan buku “Al-Jamu' wa al Tafriq bi Hisabi al-Hind" iaitu menyentuh tentang matematik Hindi.

Al-Khuwarizmi dapat dilihat seorang yang berfikiran ke hadapan di bidang matematik dan algebra sekalipun penerimaan barat dan timur terhadap beliau terlalu lambat. Namun begitu jasa-jasa beliau terhadap keilmuan Islam dan Barat tidak dapat dinafikan. Kerana itulah Sarton telah menggelarkan sebagai ahli matematik terulung dan zaman beliau dikenali sebagai zaman al-Khuwarizmi.
Dalam bidang astronomi, beliau telah menyusun jadual falak berdasarkan jadual “Al-Sanad Hindi” yang telah dibawa masuk oleh Ibrahim bin Habib al-Ghozari. Mengikut pendapat beliau, ukur lilit bumi lebih panjang daripada ukuran Batlimous, iaitu sejauh 40,000 batu. Beliau juga telah mencipta jadual falak “Zaiju al-Khuwarizmi” dan menyusunnya di dalam dua jilid, kecil dan besar. Jadual yang besar telah hilang dan jadualnya yang kecil telah dikemaskinikan oleh al-Majriti dan lebih dikenali dengan nama “Al-Sanad Hind al-Soghir”. Beliau juga telah menulis sebuah risalah yang bertajuk “Al'Amalu bi Asturlab”.

Dalam ilmu geografi, beliau telah menghasilkan karya “Shuratu al-Ard”, dan telah memasukkan banyak pembetulan terhadap penulisan Batlimous. Pada pandanganya bumi ini terbahagi kepada tujuh bahagian dan tidak sepuluh sebagaimana pendapat Batlimous. Karya beliau yang lain ialah “Taqwimu al-Buldan” dan "Al-Tarikh".
 

Kata Hikmat

Ilmu menduduki darjat yang tinggi di sisi manusia dan juga di sisi Allah S.W.T. Orang yang berilmu akan dimuliakan oleh penduduk langit dan bumi sebaliknya bagi orang yang tidak berilmu.Tiada siapa yang paling pandai dan paling bodoh di dunia ini kerana setiap yang pandai itu boleh menjadi bodoh dan setiap yang bodoh itu boleh menjadi pandai.

Falsafah Pendidikan Kebangsaan

“Pendidikan Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memeperkembangkan lagi potensi individu secara menyeleruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mancapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran negara.”

Tentang Blog Ini

Blog ini dihasilkan bagi menghimpunkan blog, laman web dan bahan-bahan yang berkaitan dengan dunia pendidikan. Semoga blog ini akan menjadi rujukan dan juga menghubungkan semua pihak, khususnya warga pendidik tidak kira di mana mereka berada. Berita, pandangan dan komen dalam blog ini tidak tidak semestinya menggambarkan sikap pengendali blog. Pengendali blog tidak bertanggungjawab di atas sebarang kesulitan atau kerosakan akibat menggunakan maklumat dalam blog ini.